Kali Bagi Tolak Campur
Habislah geli kerana geletek
Hilanglah resah kerana biasa
Kerana telah terbiasa
Geli dan resah tidak lagi terasa
Semut di seberang lautan
Kau nampak
Bila gajah di depan mata
Kau buta
Lebih sudu dari lauk
Lebih tunjuk dari tengok
Lebih diri dari duduk
Lebih cawan dari mangkuk
Berkata-kata jangan lupa
Banyak yang bertukang di mata dan Mulut
Sedikit sahaja yang
Menukang di tangan
Bangkai gajah busuk di hutan
Hendak di [...]